Kerjaya kelab Ramires

Cruzeiro

Pada Januari 2008, Ramires bersetuju untuk kontrak lima tahun bersama Cruzeiro selepas berpindah dari Joinville dengan bayaran sebanyak $300,000 berikutan tempoh yang lama.[5] Beliau telah digelar oleh para peminat dan media ketika beliau di Cruzeiro ialah "Queniano Azul", atau "Blue Kenya", merujuk kepada jersi biru Cruzeiro dan beliau seperti pelari Kenya yang terkenal memenangi mana-mana maraton Brazil.[6]

Benfica

Pada 21 Mei 2009, Ramires menyertai kelab gergasi Portugis, Benfica dengan bayaran sebanyak €7.5 juta dalam kontrak lima tahun.[7][8] Ramires memulakan kerjanya sebagai pemain penting untuk Benfica ketika musim liga di mana kelab Portugis itu memenangi gelaran ke-32nya selepas kemarau lima tahun. Namun, Ramires hanya menghabiskan masanya selama satu musim di Benfica dengan memenangi Taça da Liga menumpaskan FC Porto 3–0.

Chelsea

Pada 4 Ogos 2010, Benfica mengumumkan mereka telah bersetuju bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea menjual Ramires ke kelab Inggeris itu dengan bayaran €22 juta. Ramires melengkapkan perpindahannya ke Chelsea pada 13 Ogos dengan menandatangani kontrak selama empat tahun. Beliau menyarung jersi bernombor tujuh yang pernah dipakai sebelum ini oleh pemain antarabangsa Ukraine, Andriy Shevchenko.[9]

Musim 2010–11

Pada 28 Ogos 2010, Ramires membuat debutnya bersama Chelsea ketika menentang Stoke City dalam Liga Perdana. Beliau memasuki padang pada minit ke-84 menggantikan Michael Essien di mana Chelsea menang dalam perlawanan itu, 2-0.[10] Pada 11 September 2010, beliau membuat debut penuh di Liga Perdana dengan memulakan perlawanan menentang West Ham United, Ramires bermain selama 90 minit penuh dan Chelsea menang ke atas West Ham 3-1.[11] Beliau membuat hantaran buat pertama kali ketika Chelsea menang 2-0 ke atasArsenal pada 3 Oktober 2010, Ramires membuat hantaran lintang kepda Didier Drogba untuk gol pertama Chelsea.[12]

Pada 29 Disember 2010, Ramires memulakan perlawanan bersama Chelsea ketika menentang Bolton Wanderers, 1-0, Di mana persembahan yang dibuat oleh Ramires ialah aksi yang terbaik ketika bersama Chelsea, di mana beliau mengawal bola yang baik, berlari dengan pantas dan merebut bola ketika di posisi pemain tengah. Ramires menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea ketika menentang Bolton di Stadium Reebok. Pada 1 Mac, beliau bermain 90 minit penuh menentang musuh utama, Manchester United, Chelsea menang 2-1.

Pada 20 Mac, Ramires menjaringkan gol keduanya di Liga Perdana, 2-0 ke atas Manchester City di Stamford Bridge. Beliau menjaringkan gol ketika rakan sepasukan, David Luiz lepas dari tiga pertahanan City dan termasuk penjaga gol, Joe Hart kemudian menghantar kepada Ramires. Gol yang dibuat oleh Ramires telah dianugerahkan sebagai "Goal of the Season" untuk Chelsea. Persembahan yang dibuat oleh Ramires menghangatkan para peminat Chelsea, peminat Chelsea menggelarkan beliau "Rambo" merujuk kepada beliau sentiasa "memusnahkan" musuh satu demi satu. Pada 12 April, beliau telah menerima kad kuning kedua selepas membuat asakan ke atas Nani ketika menentang Manchester United dalam peringkat suku akhir di Liga Juara-Juara. Pada 8 Mei, Ramires memasuki padang pada separuh masa kedua menggantikan John Obi Mikel menentang Manchester United sekali lagi di mana Chelsea tewas 2-1. Dalam penamat musim 2010-11, beliiau membuat 41 penampilan dan menjaringkan dua gol untuk Chelsea dalam semua kejohanan.

Musim 2011–12

Pada 24 September 2011, Ramires menjaringkan dua gol ketika menentang Swansea City, 4-1 dalam perlawanan Liga Perdana.[13][14][15] Beliau kemudian menjaringkan satu gol menentang Everton dengan menanduk bola dari hantaran lintang Juan Mata. Beliau telah mengalami kecederaan pada lutut tidak lama selepas perlawanan. Dalam perlawanan itu, Chelsea menang 3-1. Perlawanan itu juga merupakan pemunculan ke-50nya untuk kelab.[16] Pada 1 November 2011, Ramires menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara untuk Chelsea menentang kelab Belgium, Racing Genk.

Ramires menjaringkan gol kelima pada musim 2011-12 ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Valencia CF, Chelsea menang selesa 3-0.[17] Beliau menjaringkan gol keenamnya pada musim tersebut ketika menentang Wolverhampton Wanderers, Chelsea menang tipis 2-1. Jaringan yang dibuat oleh Ramires adalah dari sepakan sudut.[18] Pada 8 Januari 2012, Ramires menjaringkan gol ketujuh dan kelapan untuk musim 2011-12 menentang Portsmouth dalam perlawanan Piala FA. Pada 28 Januari, Ramires telah mengalami terseliuh pada kaki ketika pusingan keempat Piala FA menentang Queens Park Rangers. Dua jam kemudian, jurulatih Chelsea André Villas-Boas mengatakan pemain Brazil dikeluarkan untuk berehat selama tiga atau empat minggu.

Pada 5 Mac 2012, Ramires menandatangani kontrak baru bersama Chelsea selama lima tahun di mana beliau kekal bersama Chelsea sehinga 2017.[19] Ramires menjaringkan gol menentang Tottenham Hotspur dalam perlawanan separuh akhir Piala FA, Chelsea menang besar 5-1.

Pada 18 April, Ramires mengambil bola selepas hantaran dari Frank Lampard dan menghantar kepada Didier Drogba sebelum Drogba menyumbat gol ketika gol masa tambahan menentang FC Barcelona, 1-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara di Stamford Bridge.[20] Ramires digantung kerana memiliki dua kad kuning ketika perlawanan kedua di Camp Nou di mana beliau tidak beraksi di perlawanan akhir. already booked during the first leg, received a yellow card in the second leg at Camp Nou, which would rule him out of the final. Ramires menjaringkan gol fantastik dengan menendang padu menewaskan penjaga gol Víctor Valdés dan membantu Chelsea ke perlawanan akhir dengan agregat 3-2 selepas jaringan di akhir perlawanan oleh Fernando Torres. Gol Ramires itu kemudian dipilih sebagai "Goal of the Season."[21][22] Dalam perlawanan akhir, Chelsea bertemu dengan Bayern Munich pada 19 Mei. Malangnya, beliau tidak dapat beraksi kerana memiliki dua kad kuning sepanjang kejohanan. Namun, Chelsea berjaya menewaskan kelab Bavaria itu dalam penentuan sepakan penalti 4-3 selepas berkesudahan seri 1-1.[23][24]

Pada 5 Mei, Ramires menjaringkan gol ketika menentang Liverpool dalam Perlawanan Akhir Piala FA membantu Chelsea menang 2-1 dan menjuarai Piala FA.[25] Ramires kemudian menjaringkan gol kelimanya di Liga Perdana menentang Liverpool di Anfield, namun, Chelsea tewas 4-1.

Ramires menhabiskan musimnya di Chelsea dengan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Chelsea tetapi tewas kepada pemain tengah Juan Mata.[26] Walau bagaimanapun, beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan dan "Goal of the Year" ketika menentang Barcelona.[27] Beliau menjaringkan sebanyak 12 gol, sembilan hantaran dan 4,081 minit bermain dalam 47 penampilan rasmi.[28]

Musim 2012–13

Ramires bermain dalam semua perlawanan di Perisai Komuniti FA 2012. Beliau menjaringkan gol pertamanya ketika musim 2012–13 menentang FC Nordsjælland dalam Liga Juara-Juara di mana Chelsea menang besar 4-0.[29] Pada 28 Oktober 2012, beliau menjaringkan gol dalam Liga Perdana menentang Manchester United tetapi tewas tipis 3-2. Beliau menjaringkan gol sekali lagi menentang lawan yang sama Manchester United di perlawanan kedua pada 31 Oktober ketika Chelsea menang 5-4 di Piala Liga Inggeris. Pada 23 Disember, Ramires memasuki padang menggantikan Frank Lampard dan menjaringkan dua gol dalam 15 minit terakhir menentang Aston Villa, Chelsea menang besar dengan membelasaha Villa 8-0.[30]

Pada 10 Mac 2013, Ramires menjaringkan gol menentang Manchester United, seri 2–2 di Old Trafford dalam perlawanan pusingan keenam Piala FA.[31] Dalam perlawanan kedua terakhir Liga Perdana menentang Aston Villa, Ramires menerima dua kad kuninig dan dibuang padang di mana Chelsea menang 2-1.,[32] Penampilan terakhir Ramires dalam musim 2012-13 dalam perlawanan akhir Liga Eropah menentang bekas kelab beliau, Benfica di mana Chelsea menang 2-1. Chelsea akhirnya menjuarai trofi Liga Eropah UEFA musim 2012-13.[33]

Musim 2013–14

Pada 24 September 2013, Ramires menjaringkan gol pertamanya pada musim 2013–14 menentang Swindon Town dalam Piala Liga Inggeris.[34] Pada 28 September, beliau membuat penampilan ke-100 di Liga Perdana ketika seri 1-1 menentang Tottenham Hotspur.[35] Pada 1 Oktober, beliau menjaringkan dua gol ketika Chelsea menumpaskan Steaua București 4–0 dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.[36] Ramires menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana pada 14 Disember menentang Crystal Palace, 2-1.[37]

Musim 2014–15

Ramires menjaringkan gol pertamanya ketika musim baru menentang Everton, Chelsea menang besar 6-3. [38]

Rujukan

WikiPedia: Ramires http://www.cbf.com.br/sitenoticias/_98061505200952... http://www.diariodovale.com.br/noticias/0,7737.htm... http://www.estadao.com.br/noticias/esportes,cruzei... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2121... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2320... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2539... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2634... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2767... http://www.chelseafc.com/news-article/article/2817... http://www.chelseafc.com/news-article/article/3577...